Salam...atas permintaan & aku pk ada beberapa tips/info yg blh di'share' jd, aku tulislah kat blog nih.
'Sexual Harrassment' @ 'Gangguan Seksual' kali ni di tempat kerja.
Aku rasa semua org penah mengalaminya either dr segi, visual,verbal,isyarat,fizikal & psikologi.
Cuma, bila kita dh biasa...atau ada yg disebabkan malu, jadi derang x wat report.
A) Jenis2 SEXUAL HARRASSMENT (SEKUHARA)
1. Visual (gambar)
2. Verbal/lisan (i.e: kata2 lucah/double meaning)
3. Isyarat (i.e : jilat bibir, mkn pisang, buat pape simbol lah yg seangkatannya)
4. Fizikal (i.e: sentuhan, usapan, genggam tangan etc)
5. Psikologi (i.e : mcm anto sms, panggilan lucah etc hingga ganggu psikologi mangsa)
Sebelum aku citer lagi lanjut, perlu diingatkan SEXUAL HARRASSMENT ni, kalo ia mendatangkan gangguan terhadap seseorang, kita blh buat report.
Kalo kita ngan kengkawan, ckp, sembang2 / bertepuk tampar (bg yg dah biasa/dh kamceng sesama sendiri & benda ni biasa...& x menganggu diri dia/kwnnya...ni bukan lah gangguan)
Senang ckp, kalo kita dh biasa ngan kengkawan kita & kita pun kekadang ada ckp double meaning ke apa...x de lah perlu wat report.
Ini hanya akan dikategori kan sebagai SEXUAL HARRASSMENT apabila ia MENDATANGKAN GANGGUAN terhadap kita/ org sekitar.
So, kalo nk wat pape/cakap pilih org lah juga ye.
SEXUAL HARASSMENT ni selalunya mangsa MALU & MALAS nk panjang2 kan issue. Tetapi tindakan ni SILAP kerana, org yg menganggu tu akan terus menganggu kita/org lain hingga menjejaskan mutu kerja & lagi teruk kalo ia membawa impak dlm kehidupan kita. So, JAGA2
Gangguan ni x semestinya berlaku kpd women only. MEN pun ada tau! contohnya; pekerja yg menggoda boss2 lelaki atau vice versa. X kisah sama ada lelaki dgn lelaki, atau perempuan-perempuan. Kalo ada perlakuan colleague yg korang rasa lain macam atau semacam...korang blh rujuk pada badan yg menguruskan aduan ini di tempat kerja masing2.
Jika kes ni dh berat, blh terus buat laporan kat bos. Kalo bos yg ganggu, cari individu yg lagi Bos atau org yg setaraf dgn bos (tu bagi penjawat awam). Sbb apa kena proses cam g2. Sebab, bila kita nk wat report atas bos...bos tu dh sah2 atas kita lagi...jadi sebelum laporan kita dimanupulasikan kita kena jumpa big boss/ yg 1 level ngan bos kita tu.
In case ada berlakunya gangguan kat korang, cepat2 wat catatan : BILA, DI MANA, ADA SAKSI TAK (kalo ada saper: x semestinya org tu nampak apa yg berlaku, cukup setakat saper yg blh SAHKAN yg Penganggu tu ada kat situ masa dia wat gangguan kat kita).
Kalo dlm perkhidmatan awam (government) ada dikeluarkan Pekeliling mengenai SEXUAL HARASSMENT ni, so sesapa blh refer. Bagi certain private company, mereka ada 1 unit yg dikhaskan utk handle apa2 case di pejabat either conflict between employees, employee-employer, personal problem (kalo kat sekolah/institusi pengajian mcm Pembimbing Rakan Sebaya/Unit Kaunseling).
Oh,ya. Pasal pekeliling tadi; boleh ke website Jabatan Perkhidmatan Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bil 22 tahun 2005.
Apa lagi ye nak citer?Kalo ada x paham blh tanya. Boleh tinggalkan comment etc. Nanti aku sedaya upaya jawab k :)
P/S : Apa2 pun JGN TAKUT MALU & ADA SIKAP X PE LAH...once rasa diri korang TERGANGGU, cepat2 lah cari PENYELESAIAN...banyak saluran yang ada yg penting, jgn MALU BERTANYA & BERTINDAK untuk INTEGRITI & KEHORMATAN DIRI KITA SENDIRI.
Taklimat Pengurusan Garis Panduan Gangguan Seksual - 10/12/10
Posted by
Qasehnurani
on Tuesday, December 14, 2010
0 comments:
Post a Comment