coretan pagi jumaat per1 2011

Salam...

Adakah aku bakal menjadi blogger yg active this 2011?hehehe...hopefully can be, coz dgn menulis rasa cam apa yang kita nk ckp (yg x tercakap) tertulis, apa yg kita nak share dpt share, walaupun blog ni x de follower. X kisah lah yang penting aku dpt tulis apa yg nak ditulis mengikut cara yg betul. Aku x de lah nak tulis hentam keromo mau pun hingga mencetuskan kontroversi. Almaklumlah aku ni masih berpegang pada RUKUN NEGARA (wah! Semangat patriotik gitu!)

Bermulanya tahun baru, adakah aku ni berkobar2 nak jadi insan baru? TIDAK, aku tetap aku just aku nak IMPROVE & ACHIEVE apa yang aku x achieve lagi. Kita yang kenal diri kita sendirikan, so bila kita dah kenal diri kita ni saper...kita tau apa yang kita NAK dan apa yang PERLU kita BUAT!

JGN TAKUT, JGN GENTAR sebab kita bukan berjuang mahupun hadapinya sendirian. Apa yang memang PASTI, ALLAH itu WUJUD! Dan kita harus ingat, ada doa yang sentiasa mengiringi kita either daripada org yang kita sayang mahupun doa kita sendiri.

Jika kita rasa kita ni dah LEMAH, awe-awe nak REBAH tu, cepat2 BERPAUT, cepat2 MANTAPkan TIANG, jgn kasi sedikit ruang pun utk org gelakkan kita mahupun SETAN etc ambil kesempatan atas kita. INGAT!

Aku rasa memang dah ramai maklum, yg ujian akan datang terhadap apa yg kita syg. X kisah lah sama ada ujian tu berkaitan husband kita, isteri kita, anak2 kita mahupun kerjaya kita...Jadi, kajilah...hah satu lagi, WE WILL GET WHAT WE HAD DONE/GIVEN (ntah betul x nahunya nih?). Senang ckp, kita akan dapat apa yg kita beri ataupun buat. X caya cuba fikir2kan. Mungkin ada yang cakap,"Eh, aku kasi dia pinjam $$$, dia x penah kasi aku pinjam pun...!" X semestinya kita akan dpt drpd org/punca yang sama. Manalah tau, 1 ari time kita sesak2, ada org lain yg kasi kita pinjam." Camtulah...

Kenapa aku ckp cam gitu?Sebab, selama aku idup ni. Dan aku mula pk bila aku dpt something, apa aku dah buat & apa aku dah minta. Betul ke aku buat sesungguh? dan betul ke aku nih IKHLAS?Hah!memang betullah setiap apa kita buat, NAWAITU kena betul. Tapi bukanlah dengan niat je semer benda boleh TERLAKSANA, kenalah bertindak secara LISAN/LAFAZ dan FIZIKAL. So, JGN MUDAH PERCAYA kalo ada AJARAN ntah pape, yg mengatakan bahawa SOLAT ke, NIKAH ke, CERAI ke...akan SAH/TERLAKSANA bila kita just niat! Boleh membawa ke ajaran SESAT tuh!

Aku x lah mahir dlm hukum-hakam ISLAM, tp kita pun penah belajarkan...Kalo x pun, pk LOGIK dahlah. (ni dah masuk tang isu ajaran sesatlah plak). Kenapa kita TERLALU TAKSUB?Islam mengajar kita sentiasa bersederhana dalam kehidupan kita. Sebab tu ada kata2 ini : "BERIBADATLAH kamu umpama ESOK kamu akan mati, CARIlah HARTA umpama kamu akan hidup 1000 TAHUN lagi."Kat sini kita dah blh faham, yg kita mesti beribadat spertimana yang diwajibkan ke atas kita dan dlm masa yang sama juga, kita kena cari harta sebab kalo umur kita panjang...saper nak tanggung kita? Zahir batin kita perlukan makanan. BETUL x?

Jgn ingat ibadat itu cuma SOLAT/duduk di tikar sejadah shj. Menuntut ilmu, mencari rezeki untuk anak bini, bersedekah, berbakti kpd anak yatim etc itu juga IBADAT.

Bila kita rasa kita cam nak TERSESAT atau ada iras2 TERLUPA/ALPA. cepat2 minta tolong. Carilah sumber yang betul. Pertama minta tolong dgn ALLAH dlu, pastu kita carilah medium2 utk dpt kita jadikan panduan dan pegangan.

Sebelum aku abiskan coretan di pagi jumaat yg indah ni. Sebenarnya, aku nak tulis something;

1) ISTIMEWA buat adikku
Jangan cepat putus-asa, jgn salahkan diri sendiri. Bila kita mula mempersoalkan kenapa itu ini harus terjadi, kenapa tidah 'dia' ada bersama kita? kita mula mempersoalkan apa yang telah DITETAPKAN oleh YG MAHA HAK. Ingat, jgn sampai kita mula TERSESAT mahupun menjadi hambaNYA yang tidak bersyukur. Lapangkan dada, luaskan minda, tenangkan hati. Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Mungkin dgn kehadiran insan yg kita harap2 kan itu, kita akan menjadi semakin ALPA atau pun kita terlupa...jadi, YG MAHA MENGETAHUI LG MAHA MENYAYANGI kasi pinjam sekejap, pastu DIA amik balik, sebab DIA SUDAH MERENCANAKAN SESUATU YG LEBIH BAIK DARI ITU yg x terjangkau dek akal kita. So, jgn stress, jgn gundah-gulana...jika ada suara2 yg ckp yg bukan2, minta yang bukan2 & mengharapkan yg kita sendiri pun x boleh adakan... itu cuma duniawi itu dtgnya dr manusia yang x pernah lari dari kesilapan...Berpeganglah pada YG 1. Kita USAHA + DOA + TAWAKKAL, Selama mana kita INGAT PADANYA, dan kita masih berpegang pada tali ALLAH, Nikmat & bahagia itu ada di mana2. Intepretasikanlah sendiri...AKAL+IMAN+TAQWA akan dapat membantu kita. Dan akak cuma manusia biasa, yg hanya mampu mendengar keluhan & rintihan seorg adik, apa yg akak dpt buat; semoga adik2 akak sentiasa happy, dipermudahkan segala2nya & dimakbulkan apa yang dipinta. Akak doakan adik2 akak sihat & selamat dunia akhirat :)

2) Buat sahabatku merangkap kwn mkn2,sekerja etc (rasa terpanggil lps baca FB nya...aku nak dia happy)
Kekadang apa yg kita buat, kita rasa cam betul dan kekadang kita buat kita rasa cam nak menyesal. Seperti yg pernak kita bincangkan...kita tahu our limit & kita tahu apa yg kita nak. Kita pun dah pernah kasi masa/time limit utk apa yg kita buat kan? Jadi, kita decide either kita nak teruskan apa yg kita ceburi skrg ni dgn BERAT HATI? Dgn rasa KURANG HAPPY? Sampai bila? Nak tunggu somebody datang & selamatkan kita? Kita yg kena selamatkan diri kita dulu...
Aku ingat lagi nasihat atok aku, masa aku belajar dedulu, dia ckp ;"belajar dlu, jgn bercinta.Sian mak dan abah.Nanti jodoh dtg sendiri" Dgr nasihat cam gi2 aku mmg concentrate belajo pailah ke negara matahari terbit sampailah 2005 aku x pernah ada bofren (percaya x?). Bila aku dah kerja, atok aku cakap; "...carilah kawan, jodoh ni x dtg bergolek, kalo kita usaha baru kita jumpa."Confuse jap aku, masa dlu nasihat lain...pastu lain. Memula aku wat x tahu, sbb alpa & happy ngan hidup bujang. Tp,lama2 aku faham. Aku niat & ingin ada family sendiri. Even aku x cari cam obvious sesangat, tetapi aku mula membuka pintu hati & beri peluang pada org yg sepatutnya...Alhamdulillah...aku dh punya keluarga sendiri. Buat kawan2ku yg belum bertemu jodoh, aku faham sbb aku penah lalui detik2 itu.
Jadi, apa kata kita mula dgn step yg plg senang ;
  • 1) Doa & pohon pada ALLAH,
  • 2) beri peluang & ruang utk diri kita sendiri-->kekadang kita x nampak org yg depan mata kita tu lah jodoh kita,
  • 3) Jgn tensen2 jgn stress, ALLAH dah rencanakan yg TERBAIK buat kita.
  • 4) Kebahagian & kegembiraan itu ada dlm diri kita sendiri. Make urself happy...
  • 5) Muhasabah & kecilkan skop pencarian kita, x kisahlah ttg jodoh ke, kerjaya ke, makanan ke...kita pilih apa yg kita betul2 nak. Jgn tgk org ada tu,kita pun nak tu.Ingat,ntah2 org tu pun nak apa yg kita ada ;)
Aku nak nasihat banyak2 & bagi opinion byk2 aku bukan lah advisor yg bertauliah, just hopefully dpt tlg walaupun sedikit. Aku x nak tgk kwn2 aku sedih, sbb masa aku sedih, mereka ada utk ku :)
Jgn bimbang, apa yg dtg ni akan pergi, cuma ada possibility ia akan dtg lagi, jadi hati2 & berjaga & prevent agar benda yg sama jgn berulang lagi.
Bersyukur dgn setiap detik yg kita ada & bersyukur kerana kita masih ada family yg sentiasa sokong kita. Dan aku sebagai kwn akan sentiasa OEN shimasu yo!

Wassalam...

Government vs Private Sector

Salam...

Hah! Cam menarik je tajuk aku nak coretkan ni ek!
Sebenarnya, coretan ni just berdasarkan personal opinion & pengalaman sendiri.
Mgkin aku x patut komen lelebih since aku baru nak genap sebulan jadi org gomen ni.


Apa2pun memang HONESTLY cakap, x penah lagi aku keja seperti keja yg aku buat sekarang ni menyebabkan aku migrain!Brain shock & culture shock kot aku nih!
Tabun, ada another factor yg menyebabkan aku migrain, dgn jln jem, dgn environment yg aku rasa cam aku 'hilang' something. Aku pun x dpt nak pastikan apa yg 'HILANG' tuh. (Hmm...kena cari nih coz aku x boleh terus2 keja tanpa sepenuhnya rasa HAPPY) huaaaaaaaa rasa cam nk nanggis lah plak!

Oh,ya!berbalik tajuk asal; GOV vs PRIVATE. Dari pengamatan aku yg x berapa teliti lg nih & baru2 nak sesuaikan diri ni...aku dpt simpulkan;
1) Patutlah org/rakyat x suka kerja/berurusan dgn gomen-->LECEH byk sgt prosedur
2) Org gomen ni PALING SUKA makan2 & meeting. Hopefully, one day kalo aku jadi KSU ke, bos ke...aku nk HADKAN meetingnya masa.Cukuplah sejam...ni kalo dr pagi sampai habis opid hour pun x sudah2 tu BUKAN MEETING, tu DISCUSSION!!!
Banyak masa terbuang, kalo aku jadi bos, kalo material meeting/report x siap JGN MASUK MEETING!Tugas kena bagi2 lah. 1 lagi camne nk meeting come out ngan result yg bagus kalo meeting pun pai 'LEBUR' kewajipan pada TUHAN? (perkataan LEBUR tu aku pinjam drpd sorang staff kat sini).
X paham aku...hopefully I can do something!
3) Org gomen terlalu HORMATKAN@TAKUT bos. Memanglah kena hormat & takut bos tp mesti bertempat, jgn ckp belakang2 (tp ni depends lah...jgn sampai kitanya performance sepatutnya A dpt corot sebab x pandai BODEK/amik ati bos).Senang, aku kasi sample lah, in case meeting tu dah pjg berjela, mintalah kat pengerusi rehat sekejap, g SOLAT bukannya lama.Ni semua terkulat2,terkelip2 dengar je bos berckp.Masa aku kat private dlu, senang je aku skip g solat,pandai2 lah (even though aku ni bukan alim sgt, JAGA SOLAT,benda lain senang nak buat/handle). Aku bukan nk kutuk bos or sesapa, tp dh sah2 bos tu muslim kalo iya pun dia 'CUTI' ke, guna COMMON SENSE (ni aku pinjam words bos aku), x perlu meeting pepanjang last2 kena wat report semula! (bertambah migrain aku)
4) Bos gov vs bos private : Bos gov kena lbh TERBUKA & JGN TERLALU SENSITIF. Ada yg Flexible tapi semua ada angin/mood. Kekonon faham kat staf2 yg ada family, yelah kan mostly gov servant ni pompuan,kami ni komited, just bab2 anak ni kalo x kami uruskan saper lagi. Memang x dinafikan husband pun boleh buat, tp kalo bg tau awal2 blh lah arrange. Kalo ada ad-hoc meeting pai maghrib, tu dh kes berat lah. Lain citerlah kalo blh WFH.Ada bos yg ckp, ONCE you kawin ur SPOUSE kena kawin dgn KERJA u juga! Adusssssss! Tu aku KURENG SETUJU. Yelah, cuba bayangkan dahlah sebelum ni ada org ckp once kawin kena kawin ngan keluarganya juga, ni dh bertambah kena kawin ngan KEJA nya plak! For me, SHIGOTO (KEJA),kejalah kan. Bab FAMILY, after opis hr tu dh family hr.IDUP kena flexible. Mcm mana nk lahirkan generasi berkualiti kalo kerja asuhan & didikan anak terpaksa serah bulat2 kat babysitter/maid? kalo setakat opis hr tu acceptable lah sbb suami-isteri dh kena sama2 cari rezeki.
Hah, 1 lg, nk cepatkan kerja, Bos bagitau lah apa targetnya, apa aim department ni, so blh lah kami yg bawah2 ni wat keja. Teranglah kat aku yg new hire ni yg baru masuk gov,terkebil2 nak wat keja. Sib baiklah aku ni jenis bertanya jg. Pandai2 cari keja, cuma take time tuk familiar ngan job flow. Kami nak tanya banyak2 pun x boleh.
5) Makan2 ni best gak, cuma patut2 lah kan, sepanjang observation aku yg x seberapa ni. Ada kursus/seminar yg kami adakan utk penjawat awam ni, mostly nya dah DIMANJAkan & DISOGOK dgn yg enak2.Jadi, bila course team building etc minta makan sedap2 tempat penginapan best2 cam melampaulah sket kan. Sebenarnya kita ni (gov servant) SANGAT2 BERUNTUNG, seminar/kursus semua wat kat HOTEL all FOC, kerajaan tanggung!just bawa diri shj.itupun ada yang PONTENG x g kursus). MEMBAZIR sungguh.
6) Skill & Knowledge improvement : Memang berlambak2 vs di private (company cut cost,kalo nak pegi, duit sendiri).Kursus plak tuh, bukan penceramah tepi2 jln, semua bertauliah. Ada pegawai atasan yg performance bagus dpt g course international yg cost nya RIBAN2, so do something lah. X kan gov servant nak berada di takuk lama.
Dalam kerja, kena THINK POSITIVE, jgn pk yg x boleh dibuat, nnt mental block. X boleh nak pk.

Apa2 pun sebenarnya gov servant ni byk kemudahannya,mungkin terlalu banyak kita jadi manja & protokol tu dijaga sesangat. Ingatlah kita semua ni sama je. Aku x nafikan, mmg kita kena ada barrier antara bos-anak buah, tp patutlah kan. Bos pun bukan minta disanjung just HORMAT as bos & wat keja jgn sampai menjatuhkan reputasi BOS ok lah kan.

Protokol ni pun ada eloknya, cuma kalo boleh longgarlah sket, nanti banyak masa gov servant dihabiskan JUST UNTUK JAGA PROTOKOL!Nanti macam mana produktiviti dan kompetensi kita meningkat?

Kalo bagi akulah, protokol asas2 je buat, as long as officer tu wat keja, keja siap & berquality. Aku blh flexible. Kita kena PERCAYA & kita kena start dari diri sendiri, barulah org bawah2 kita ikut. Aku rasa x perlulah punch2 card ke, thumb2 print/ buku kedatangan...Private tu, mana ada semer tu, Quality TIP TOP juga, x de plak pekerja diaorg yg PONTENG! Inilah INTEGRITY yg harus kita serapkan dlm semua gov servant! saper SETUJU???

Once kita boleh & dah berintegrity, HONEST pada diri sendiri, INSYAALLAH produktiviti & kompetensi dapat ditingkatkan.

Kalo buat projek KIK/ICC ni k gak, PENJIMATAN without PUNCH CARD. (kalo nk detect kedatangan, cukuplah tag je batch kat security box dpn pintu opis).

Hmm...mcm membuak2 lah plak IDEA aku nih! Aku nk kena stop dulu, kerja menunggu tuh!Aku wat keja tau, bukan duk tulis BLOG je...sesapa yg ada comment blh je post kat aku.

jaa...mata ne

Taklimat Pengurusan Garis Panduan Gangguan Seksual - 10/12/10

Salam...atas permintaan & aku pk ada beberapa tips/info yg blh di'share' jd, aku tulislah kat blog nih.
'Sexual Harrassment' @ 'Gangguan Seksual' kali ni di tempat kerja.
Aku rasa semua org penah mengalaminya either dr segi, visual,verbal,isyarat,fizikal & psikologi.
Cuma, bila kita dh biasa...atau ada yg disebabkan malu, jadi derang x wat report.

A) Jenis2 SEXUAL HARRASSMENT (SEKUHARA)
1. Visual (gambar)
2. Verbal/lisan (i.e: kata2 lucah/double meaning)
3. Isyarat (i.e : jilat bibir, mkn pisang, buat pape simbol lah yg seangkatannya)
4. Fizikal (i.e: sentuhan, usapan, genggam tangan etc)
5. Psikologi (i.e : mcm anto sms, panggilan lucah etc hingga ganggu psikologi mangsa)

Sebelum aku citer lagi lanjut, perlu diingatkan SEXUAL HARRASSMENT ni, kalo ia mendatangkan gangguan terhadap seseorang, kita blh buat report.
Kalo kita ngan kengkawan, ckp, sembang2 / bertepuk tampar (bg yg dah biasa/dh kamceng sesama sendiri & benda ni biasa...& x menganggu diri dia/kwnnya...ni bukan lah gangguan)

Senang ckp, kalo kita dh biasa ngan kengkawan kita & kita pun kekadang ada ckp double meaning ke apa...x de lah perlu wat report.

Ini hanya akan dikategori kan sebagai SEXUAL HARRASSMENT apabila ia MENDATANGKAN GANGGUAN terhadap kita/ org sekitar.
So, kalo nk wat pape/cakap pilih org lah juga ye.

SEXUAL HARASSMENT ni selalunya mangsa MALU & MALAS nk panjang2 kan issue. Tetapi tindakan ni SILAP kerana, org yg menganggu tu akan terus menganggu kita/org lain hingga menjejaskan mutu kerja & lagi teruk kalo ia membawa impak dlm kehidupan kita. So, JAGA2

Gangguan ni x semestinya berlaku kpd women only. MEN pun ada tau! contohnya; pekerja yg menggoda boss2 lelaki atau vice versa. X kisah sama ada lelaki dgn lelaki, atau perempuan-perempuan. Kalo ada perlakuan colleague yg korang rasa lain macam atau semacam...korang blh rujuk pada badan yg menguruskan aduan ini di tempat kerja masing2.
Jika kes ni dh berat, blh terus buat laporan kat bos. Kalo bos yg ganggu, cari individu yg lagi Bos atau org yg setaraf dgn bos (tu bagi penjawat awam). Sbb apa kena proses cam g2. Sebab, bila kita nk wat report atas bos...bos tu dh sah2 atas kita lagi...jadi sebelum laporan kita dimanupulasikan kita kena jumpa big boss/ yg 1 level ngan bos kita tu.

In case ada berlakunya gangguan kat korang, cepat2 wat catatan : BILA, DI MANA, ADA SAKSI TAK (kalo ada saper: x semestinya org tu nampak apa yg berlaku, cukup setakat saper yg blh SAHKAN yg Penganggu tu ada kat situ masa dia wat gangguan kat kita).

Kalo dlm perkhidmatan awam (government) ada dikeluarkan Pekeliling mengenai SEXUAL HARASSMENT ni, so sesapa blh refer. Bagi certain private company, mereka ada 1 unit yg dikhaskan utk handle apa2 case di pejabat either conflict between employees, employee-employer, personal problem (kalo kat sekolah/institusi pengajian mcm Pembimbing Rakan Sebaya/Unit Kaunseling).

Oh,ya. Pasal pekeliling tadi; boleh ke website Jabatan Perkhidmatan Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bil 22 tahun 2005.

Apa lagi ye nak citer?Kalo ada x paham blh tanya. Boleh tinggalkan comment etc. Nanti aku sedaya upaya jawab k :)

P/S : Apa2 pun JGN TAKUT MALU & ADA SIKAP X PE LAH...once rasa diri korang TERGANGGU, cepat2 lah cari PENYELESAIAN...banyak saluran yang ada yg penting, jgn MALU BERTANYA & BERTINDAK untuk INTEGRITI & KEHORMATAN DIRI KITA SENDIRI.

New Career, New Environment Part 2

Tadi aku g jumpa bos (semalam kan dia MC, ari ni dia dh dtg)... 1st task: wat surat-->ni rasa2nya cam job aku kat Pioneer dedolu. Ni tgh tnggu laptop tuk taip surat.TP yg aku guna skrg ni, aku nya sendiri...x de MS Office.

(sambungan tadi...) Hampir sebulan gak aku pknya pk tuk fer gov ni. Akhirnya aku anto gak resignation letter kat my boss. I follow my instinct & I want do it apa yg aku blh wat, just grab d'opportunity then u'll know how far u can go!Jln ni terbentang luas...rezeki ada di mana2, once kita dah decide, nanti pelbagai opportunity & cara akan dpt kita lihat. Sentiasa THINK POSITIVE!

Semalam awal2 lagi aku dh bertolak dari rumah, dlm 6:40am gitu...dh lama banget x g keja pepagi nih. Alhamdulillah sampai gak di Kompleks E, walaupun tersesat masuk Cyberjaya kejap tadi. Padahal sebelumnya tuh, aku dh g survey jalan...ntah mcm mana blh tersasar plak 1st day nih.

Aku selamat sampai dlm kul 7:30am, sempat lagi breakfast & tepat 8:30am aku jejakkan kaki di Bhgian HR. Akhirnya aku selamat ditempatkan di seksyen skrg nih. Nk dijadikan cerita, bos aku MC plak ari 1st day aku tuh. Jadi, x de apa lah yg dpt aku buat...Sempat berkenalan dgn staff kat sini. CC Hajar ada...Miesha, Ita,Syed etc (aku x dpt nk ingat nama semer).

Sesambil duduk & baca apa yg terpampang kat dinding opis nih, 1 harian METRO aku khatam.Hahahaha!

Oh,ye! Nak tau citer aku jumpa & berkenalan ngan Ketua Jabatan? Big boss aku ladyboss gak! Nampak lembut tetapi tegas.

Apa yg dpt aku simpulkan, ari 1st day aku nih, org x kan lari dr sinonim question. Soalan yg sama gak aku dpt masa aku g intebiu 2 thn lepas masa apply keja gomen.

"Awak X MENYESAL ke? kenapa awak berhenti kerja?"
"Awak tau x, awak ni contract, bila kami dah x nak awak, kami buang je awak tau!"
(Adussssssss...)
Aku cuma cakap " Saya x kan menyesal!Saya akan lagi menyesal kalo saya x grab this opportunity ni."
Tekad aku, aku akan buat yang TERBAIK. X kan lah aku nk wat sambil lewa plak kan. Nnt MALU bebe...8 thn aku kat private sector, mcm2 my ex-boss ajar...xkan hasilnya teruk! X kan lah aku nk tunjuk kat public sector inilah output dr LOOK EAST POLICY! Jgn malukan mantan PM kita Tun Dr.Mahathir nya project. Dan aku PERCAYA, bahawa akulah antara generasi yg akan menjayakan WAWASAN 2020.
I've know myself & I've my own ASSET!!!

Jgn terkejut jika 1 ari nnt, tempat boss aku tu lah aku akan duduk!

Sekarang, belajar & adapt sebaik mungkin, hormati bos & build a relationship. Once it done...INSYAALLAH...semua akan smooth.

So, nasihat aku untuk adik2 atau ada kengkawan yg nk join gov nih,
1) jgn putus asa memohon
2) bila dpt offer, u can accept but u need to think ur financial condition & ur future plan
 *maklumlah...gov x kan dpt beri sepertimana yg private sector kasi...but in long term ada benefit nya
3) 1 lagi JGN TAKUT utk MENCUBA & USAHA, JGN PK SUSAH sbb bila kita PK SUSAH, SUSAH lah jadinya...
4) jgn lupa wat solat istikharah jika korang x tau nk pilih mana 1...

oklah, aku nk start wat keja aku dlu...manalah laptop nih! Aku dh x sabo2 nak taip surat nih!Hhahahah!

New Career, New Environment

Salam...Lama giler x tulis blog nih.Masa memula dlu bukan main berkobar2 nk tulis memacam.Almaklumlah...aku ni bukan nya naturally blh mengarang sampai blh jadi TOP BLOGGER!*kalo x pun dh lama jadi novelist/jurnalist.

1st Dec 2010: bermulalah era baru dlm hidup aku.Kalo nk tau sepanjang 2010 nih, 3 tempat aku kerja & byk plak paradigma dlm career aku nih. Awal tahun kena restruction; FINE, Alhamdulillah rezeki mmg ada aja...sblm aku abiskan sisa2 masa kat Lenovo, 3 tawaran kerja aku dpt yg amat susah tuk dipilih.Last2 aku pilih yg kat Bangsar. Maklumlah...nk merasa kerja shift plak.

Memang suka betul aku kerja shift, sbb;
1) Masa aku ngan Cece byk; sempat lagi bermain2 ngan dia sebelum g kerja.
2) Dpt bgun lewat (ni best, tp selalu je SUBUH GAJAH -->ni x elok!)
3) Sempat lagi wat urusan peribadi sblm g keja & mcm2 lah
Summarize, aku mmg x de problem keja shift. Cuma tang cuti je susah sket.Tapi apa pun aku dh biasa sebab sebelum ni pun aku support Japan. Kat HDS aku support plak UK,MENAT,SAA etc. Dedolu cakap NIHONGO...kat HDS nihongo ntah ke mana EIGO je memanjang.Disebabkan aku ni lidah melayu + jepun lg, EIGO aku x lah POWER. By,the way...communication between aku ngan cust & semer keja aku setakat ni alhamdulillah...

Sayang sebenarnya nak say SAYONARA kat HDS, ngam2 6 months aku kat sana, datang plak offer yg x disangka2.
Kalo ada org call offer keja GOMEN (gov) korang nak x?Kontrak plak tuh!
Hah!Camne???Pikir jgn x pikir...
derang call dlm pertengahan Oct, then nak suh aku lapor diri 1st Nov.Hariu gitu! Apa x nya...aku ni keja tetap kat HDS, confirm 1 month notice. X kanlah org offer terus amikkan?Apatah lagi aku ni dh ada family. Offer tu plak downgrade.Kalo dr segi GAJI x yah ckplah...Dgn experience aku selama 8 thn ni, gov just offer aku at level entry; fresh grad! Cuba korang bayangkan...

Kekadang aku terfikir gak; gov nih mcm2 nk wat. Antara salah satunya nktarik lg ramai golongan professional ke sektor awam,tp....tengoklah...
Aku bukan nk kutuk  gov atau citer pasal tuh. Just nk citer pasal apa yg dh aku lalui.

Berbalik pada offer tadi, aku inform mereka, aku nk discuss ngan family & bos aku dulu. Then bila dibincang2kan, ingat nk TOLAK aja. Tapi...lps solat istikharah semer, hati aku mmg berat ke arah offer tu. Better aku GRAB, biarlah sebagai kontrak pun. Coz ni offer kali ke-2 aku dpt dr gov. Apa salahnya aku taburkan khidmat aku yg x seberapa ni kat negara & anak bangsa aku sendiri. Dulu masa aku belajar $ rakyatlah yg biaya semua. Nun...pai negara matahari terbit tuh! Cukuplah aku berkhidmat kat swasta...aku akan cuba TABURKAn & SHARE apa yg aku dpt masa belajar & masa kerja. Walaupun x byk...tp aku tahu & pasti cara pemikiran aku (pekerja private sector) dgn pekerja public sector lain.

Yelah...manalah tau, dlm masa 5 thn lagi I CAN BE SOMEBODY & I CAN DO SOMETHING to achieve 1 NATION target (wah2 semangat patriotic sungguh!)
Apa2pun I'm VERY2 PROUD to be MALAYSIAN & aku bersyukur diberi kesempatan utk lakukan & jadi apa yg aku jadi ari ni.

Memang ramai gak yg terkejut aku amik offer gov ni, tp semuanya congratulated aku.Semua kwn2 menyokong, apatah lagi MY BELOVED HUBBY & Family. Jadi, aku memang PASTI apa yg aku buat ni betul.

Kalolah aku x grab opportunity ni, mana tau 1 ari nnt aku akan menyesal. Jikalaulah aku x de rezeki dlm public sector ni, at least aku dh cuba & berusaha.

Sebenarnya...every year aku amik PTD SHIKEN tuh, tp x penah lepas. Walaupun offer yg aku dpt ni bukan as a PTD, it is OK! Pandai2 lah aku berusaha ke arah itu.

Aku amik offer ni bukan sebab aku nk kerja RILEX2 atau goyang kaki...MATLAMAT utama; aku nk berbakti...(to be continue...)

Career oh career

Lamanya bebenor x tulis dlm blg nih.Lgpun aku ni bukan jenis yg reti mengarang atau tulis menulis nih! Ntah mengapa rasa cam nk tulis something je pepagi buta nih!
Actuallynya, aku nk kena study nih. Sabtu ada shiken (exam) PTD yg x penah lepas2 aku amik. Amik je asyik x pas ! Mgkin aku x cukup study kot!
Kalo ikutkan malas gak nk g exam kali nih. Rasa cam x sempat je nk study.Tp, disebabkan galakkan & dorongan hubby aku, pegilah jugak.
Nxt time aku citer plak apa kesudahan shiken & resultnya ye.
Hmm...aku ni dh tender (mou yameta kata org jepun), ni menghitung hari2 terakhir di HDS ni. Syg nk tinggal kengkawan, keja semerlah.

Tapi...disebabkan rasa nk mencuba & setelah di pk kan masak2, setelah solat istikahrah semer...akhirnya aku bulatkan hati tender. Aku akan terima offer keja gomen ni. Eventhough 'DOWN GRADE' pun down grade lah...At least aku mencuba ,mana tau rezeki aku rupa2 nya kat sini.
Maka, 1 Dis 2010 ni, bermulalah lembaran baru aku sebagai pekerja gomen.
Mampukah aku membawa sedikit perubahan & sekaligus berbakti kpd agama,bangsa & negara.*wah bersemangat patriotik lah plak!)

Sebelum ni pun, aku belajar pai ke negara matahari terbit nun...atas duit rakyat. Maka kenalah aku taburkan something kan.

Hopefully apa yg aku pilih ni betul.  Almaklumlah...kalo aku ni mata duitan, x kan ku sanggup tnggalkan keja skrg kan.
Walau apapun rezeki tu di tangan ALLAH, kalo aku usaha lebih x kisah lah keja apa sekalipun, insyaALLAH rezeki tu pasti ada.
So, better aku grab opportunity tu skrg agar aku x menyesal di kemudian ari. At least aku mencuba kan. Kalo x ok, anto notis, masuk private/ biz semula. kan, kan....

DUIT DUIT DUIT

http://www.rempitebayebook.com/index.php?ref=qasehnurani


KLIK kat link ni.
Ni antara cara utk kita wat/cari DUIT.
Apa2 pun USAHA mesti ada.
So, nak kaya ke apa, kita pilih sendiri.
Selebihnya, ALLAH TENTUKAN.