coretan pagi jumaat per1 2011

Salam...

Adakah aku bakal menjadi blogger yg active this 2011?hehehe...hopefully can be, coz dgn menulis rasa cam apa yang kita nk ckp (yg x tercakap) tertulis, apa yg kita nak share dpt share, walaupun blog ni x de follower. X kisah lah yang penting aku dpt tulis apa yg nak ditulis mengikut cara yg betul. Aku x de lah nak tulis hentam keromo mau pun hingga mencetuskan kontroversi. Almaklumlah aku ni masih berpegang pada RUKUN NEGARA (wah! Semangat patriotik gitu!)

Bermulanya tahun baru, adakah aku ni berkobar2 nak jadi insan baru? TIDAK, aku tetap aku just aku nak IMPROVE & ACHIEVE apa yang aku x achieve lagi. Kita yang kenal diri kita sendirikan, so bila kita dah kenal diri kita ni saper...kita tau apa yang kita NAK dan apa yang PERLU kita BUAT!

JGN TAKUT, JGN GENTAR sebab kita bukan berjuang mahupun hadapinya sendirian. Apa yang memang PASTI, ALLAH itu WUJUD! Dan kita harus ingat, ada doa yang sentiasa mengiringi kita either daripada org yang kita sayang mahupun doa kita sendiri.

Jika kita rasa kita ni dah LEMAH, awe-awe nak REBAH tu, cepat2 BERPAUT, cepat2 MANTAPkan TIANG, jgn kasi sedikit ruang pun utk org gelakkan kita mahupun SETAN etc ambil kesempatan atas kita. INGAT!

Aku rasa memang dah ramai maklum, yg ujian akan datang terhadap apa yg kita syg. X kisah lah sama ada ujian tu berkaitan husband kita, isteri kita, anak2 kita mahupun kerjaya kita...Jadi, kajilah...hah satu lagi, WE WILL GET WHAT WE HAD DONE/GIVEN (ntah betul x nahunya nih?). Senang ckp, kita akan dapat apa yg kita beri ataupun buat. X caya cuba fikir2kan. Mungkin ada yang cakap,"Eh, aku kasi dia pinjam $$$, dia x penah kasi aku pinjam pun...!" X semestinya kita akan dpt drpd org/punca yang sama. Manalah tau, 1 ari time kita sesak2, ada org lain yg kasi kita pinjam." Camtulah...

Kenapa aku ckp cam gitu?Sebab, selama aku idup ni. Dan aku mula pk bila aku dpt something, apa aku dah buat & apa aku dah minta. Betul ke aku buat sesungguh? dan betul ke aku nih IKHLAS?Hah!memang betullah setiap apa kita buat, NAWAITU kena betul. Tapi bukanlah dengan niat je semer benda boleh TERLAKSANA, kenalah bertindak secara LISAN/LAFAZ dan FIZIKAL. So, JGN MUDAH PERCAYA kalo ada AJARAN ntah pape, yg mengatakan bahawa SOLAT ke, NIKAH ke, CERAI ke...akan SAH/TERLAKSANA bila kita just niat! Boleh membawa ke ajaran SESAT tuh!

Aku x lah mahir dlm hukum-hakam ISLAM, tp kita pun penah belajarkan...Kalo x pun, pk LOGIK dahlah. (ni dah masuk tang isu ajaran sesatlah plak). Kenapa kita TERLALU TAKSUB?Islam mengajar kita sentiasa bersederhana dalam kehidupan kita. Sebab tu ada kata2 ini : "BERIBADATLAH kamu umpama ESOK kamu akan mati, CARIlah HARTA umpama kamu akan hidup 1000 TAHUN lagi."Kat sini kita dah blh faham, yg kita mesti beribadat spertimana yang diwajibkan ke atas kita dan dlm masa yang sama juga, kita kena cari harta sebab kalo umur kita panjang...saper nak tanggung kita? Zahir batin kita perlukan makanan. BETUL x?

Jgn ingat ibadat itu cuma SOLAT/duduk di tikar sejadah shj. Menuntut ilmu, mencari rezeki untuk anak bini, bersedekah, berbakti kpd anak yatim etc itu juga IBADAT.

Bila kita rasa kita cam nak TERSESAT atau ada iras2 TERLUPA/ALPA. cepat2 minta tolong. Carilah sumber yang betul. Pertama minta tolong dgn ALLAH dlu, pastu kita carilah medium2 utk dpt kita jadikan panduan dan pegangan.

Sebelum aku abiskan coretan di pagi jumaat yg indah ni. Sebenarnya, aku nak tulis something;

1) ISTIMEWA buat adikku
Jangan cepat putus-asa, jgn salahkan diri sendiri. Bila kita mula mempersoalkan kenapa itu ini harus terjadi, kenapa tidah 'dia' ada bersama kita? kita mula mempersoalkan apa yang telah DITETAPKAN oleh YG MAHA HAK. Ingat, jgn sampai kita mula TERSESAT mahupun menjadi hambaNYA yang tidak bersyukur. Lapangkan dada, luaskan minda, tenangkan hati. Apa yang berlaku, ada hikmahnya. Mungkin dgn kehadiran insan yg kita harap2 kan itu, kita akan menjadi semakin ALPA atau pun kita terlupa...jadi, YG MAHA MENGETAHUI LG MAHA MENYAYANGI kasi pinjam sekejap, pastu DIA amik balik, sebab DIA SUDAH MERENCANAKAN SESUATU YG LEBIH BAIK DARI ITU yg x terjangkau dek akal kita. So, jgn stress, jgn gundah-gulana...jika ada suara2 yg ckp yg bukan2, minta yang bukan2 & mengharapkan yg kita sendiri pun x boleh adakan... itu cuma duniawi itu dtgnya dr manusia yang x pernah lari dari kesilapan...Berpeganglah pada YG 1. Kita USAHA + DOA + TAWAKKAL, Selama mana kita INGAT PADANYA, dan kita masih berpegang pada tali ALLAH, Nikmat & bahagia itu ada di mana2. Intepretasikanlah sendiri...AKAL+IMAN+TAQWA akan dapat membantu kita. Dan akak cuma manusia biasa, yg hanya mampu mendengar keluhan & rintihan seorg adik, apa yg akak dpt buat; semoga adik2 akak sentiasa happy, dipermudahkan segala2nya & dimakbulkan apa yang dipinta. Akak doakan adik2 akak sihat & selamat dunia akhirat :)

2) Buat sahabatku merangkap kwn mkn2,sekerja etc (rasa terpanggil lps baca FB nya...aku nak dia happy)
Kekadang apa yg kita buat, kita rasa cam betul dan kekadang kita buat kita rasa cam nak menyesal. Seperti yg pernak kita bincangkan...kita tahu our limit & kita tahu apa yg kita nak. Kita pun dah pernah kasi masa/time limit utk apa yg kita buat kan? Jadi, kita decide either kita nak teruskan apa yg kita ceburi skrg ni dgn BERAT HATI? Dgn rasa KURANG HAPPY? Sampai bila? Nak tunggu somebody datang & selamatkan kita? Kita yg kena selamatkan diri kita dulu...
Aku ingat lagi nasihat atok aku, masa aku belajar dedulu, dia ckp ;"belajar dlu, jgn bercinta.Sian mak dan abah.Nanti jodoh dtg sendiri" Dgr nasihat cam gi2 aku mmg concentrate belajo pailah ke negara matahari terbit sampailah 2005 aku x pernah ada bofren (percaya x?). Bila aku dah kerja, atok aku cakap; "...carilah kawan, jodoh ni x dtg bergolek, kalo kita usaha baru kita jumpa."Confuse jap aku, masa dlu nasihat lain...pastu lain. Memula aku wat x tahu, sbb alpa & happy ngan hidup bujang. Tp,lama2 aku faham. Aku niat & ingin ada family sendiri. Even aku x cari cam obvious sesangat, tetapi aku mula membuka pintu hati & beri peluang pada org yg sepatutnya...Alhamdulillah...aku dh punya keluarga sendiri. Buat kawan2ku yg belum bertemu jodoh, aku faham sbb aku penah lalui detik2 itu.
Jadi, apa kata kita mula dgn step yg plg senang ;
  • 1) Doa & pohon pada ALLAH,
  • 2) beri peluang & ruang utk diri kita sendiri-->kekadang kita x nampak org yg depan mata kita tu lah jodoh kita,
  • 3) Jgn tensen2 jgn stress, ALLAH dah rencanakan yg TERBAIK buat kita.
  • 4) Kebahagian & kegembiraan itu ada dlm diri kita sendiri. Make urself happy...
  • 5) Muhasabah & kecilkan skop pencarian kita, x kisahlah ttg jodoh ke, kerjaya ke, makanan ke...kita pilih apa yg kita betul2 nak. Jgn tgk org ada tu,kita pun nak tu.Ingat,ntah2 org tu pun nak apa yg kita ada ;)
Aku nak nasihat banyak2 & bagi opinion byk2 aku bukan lah advisor yg bertauliah, just hopefully dpt tlg walaupun sedikit. Aku x nak tgk kwn2 aku sedih, sbb masa aku sedih, mereka ada utk ku :)
Jgn bimbang, apa yg dtg ni akan pergi, cuma ada possibility ia akan dtg lagi, jadi hati2 & berjaga & prevent agar benda yg sama jgn berulang lagi.
Bersyukur dgn setiap detik yg kita ada & bersyukur kerana kita masih ada family yg sentiasa sokong kita. Dan aku sebagai kwn akan sentiasa OEN shimasu yo!

Wassalam...

0 comments: